Wednesday, March 21, 2012

Susu Ibu

Menyusukan anak dengan susu ibu menjadi satu tanggungjawab seorg ibu di muka bumi ini. Alhamdullilah percubaan untuk anak sulung, Zarif hanya berjaya selama 7 bulan ++..Namun aku bersyukur kerana aku mmg berniat & tidak sedetik pn untuk berhenti memberikan susuku pada Zarif. Namun kerana terpaksa, aku juga terpaksa menghentikannya.


Allah SWT banyak berbicara keutamaan susu ibu di dalam Al – Quran cuma kekadang kita lalai untuk ambil perhatian

Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan itu” (surah Al-Baqarah, ayat 233)

tetapi seandainya ibu mempunyai masalah maka Allah SWT berkata 

Apabila keduanya ingin menyapih (memberhentikan penyusuan) sebelum dua tahun dengan kerelaan keduanya dan permesyuaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya” (Surah Al-Baqarah, ayat 233)

dan Allah SWT memberi jalan kepada yang tidak mampu menyusukan anak

Jika mereka menyusukan (anak-anakmu) untukmu, maka berikanlah pada mereka upahnya; dan mesyuaratlah di antara kamu (segala sesuatu dengan baik; dan jika kamu menemui kesulitan, maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya” (Surah At-thalaq, ayat 6).


Sekarang aku tgh mengandung anak kedua, 37 weeks ++, dari awal mengandung, aku berniat utk direct feeding anak yg bakal lahir 9 April ini sehingga 2 tahun.  Alhamdullilah aku dipertemukan dgn produk Shaklee, moga Allah murahkan rezeki susu pada anak aku ini.

Credit to Iffah Anuar