Showing posts with label Anak. Show all posts
Showing posts with label Anak. Show all posts

Tuesday, December 8, 2015

Pameran hasil kerjatangan di taska Zarif & Amjad

Setiap tahun akan ada event pameran hasil kerjatangan anak-anak di taska. Mak ayah malah ahli keluarga dijemput mai tengok. Tahun ni pihak taska buat pada 5 Disember 2015 dr jam 9 pagi- 3 ptg. Seronok tgk hasil kreativiti budak2 ni. 




















Friday, February 14, 2014

Salji Di Kyoto


Assalamualaikum wbkt,

Ini merupakan musim kedua winter aku kat Kyoto, Jepun. Tahun 2012 lepas masa datang Jepun, musim autumn, so memang sempat la merasa musim sejuk. Musim autumn start Okt -Dis, manakala winter Jan-Mac. Tapi di Kyoto salji memang jarang ada. Boleh dikatakan sangat sedikit. So tahun lepas merasa jugak salji. Salji turun awal bln Disember 2012 masa tu. Agak excited la kan, almaklum lah tak penah jumpa salji seumur hidup...kekekeke..tapi salji turun sikit dan sekejap sgt. Memang tak sempat nak main pn.hahhahaha

So haini tangggal 14 February 2014, salji turun lebat dengan selebatnya. Kalo tgk Tenki punya kat AppsYahoo Weather memang seharian salji turun haini. waaaaaa..best tapi pagi tadi hampir nak excident sbb jln licin masa p hantaq anak2 ke taska. Aku dah cuak dah. Nasib baik suamiku yg drive.

So another 2 kali lagi aku akan tempuh musim sejuk..mungkin org Malaysia tgk mcm best, Realiti nya musim sejuk la paling tak suka..sbb sejuk sgt. Nak buat apa pn serba tak kena..hhahaha..mcm tu la manusiakan..tak penah berasa puas atau sempurna..hehehhe..

Ptg ni lepas ambik budak2 boleh la main salji dpn rumah..heheheeh (0_0) Anyway enjoy pics pagi tadi masa nak p hantaq anak2 ke Hoikuen.



/(0_0)

~~ gambar depan A2 cluster ..ni dah sampai Kyodai ~~



### Gambar depan Taska Zarif & Amjad ###




(0_0) View dr tingkat 3, A2 cluster 



****Gambar dr dalam kereta, masa hantaq anak2 ****
****tak sempat nak berenti sbb kejar masa ada lab meeting ****


:: view dr depan rumah ::


Seronok nampaknya mereka bertiga ni main salji



Kereta pn penuh salji


Aku dan amjad. Time ni aku br baik influenza..


Zarif tgh tolong abahnya bersihkan salji kat kereta


Ni kat kyodai waktu petang


Ptg tu kami balik naik bas lepas ambik anak2 dr taska. Naik bas sbb jln raya licin, tak boleh bawa kereta, kami tak tukar tayar yg sesuai utk time salji... Duit lg daaa!!!




Ni kira Salji paling lebat aku pernah rasa kat Kyoto la..kalo tempat lain lagi lebat. Teruja sebab tak penah selebat ni takat aku dah tggl 1 tahun 6 bulan kat Kyoto ni. Anyway Alhamdulillah nikmat yang Allah kurniakan. Alhamdulillah Allah kabulkan doaku untuk merasa salji. Terima kasih Ya Allah.

Adios. 
Keep Smiling. 
Never Give Up. 
Allah ada dimana Jua. 
~~~~~~ HATI TENANG ~~~~~

Wednesday, February 12, 2014

DUGAAAAAN

Assalamualaikum wbkt

Hari ini hari pertama aku ke lab sejak ber'cuti' lama jugak..almost 2 weeks since kes amjad kena influenza. Selepas sehari amjad dah x demam, aku plak kena sakit kepala & sakit badan2. Aku agak dah, mesti aku plak kena ni. Memang tepat jangkaan tu, esoknya sakit kepala & sakit badan makin teruk. Ptg tu aku p klinik dan didiagnose influenza. Ya Allah sakitnya hanya tuhan yg tahu.. 6 hari berturut2 aku demam tanpa kebah. Seumur hidup ini tak pernah demam & sakit badan macam ni. huhuhu..sedih sgt (ayat upin ipin). Hari ke 4 influenza, aku selsema & batuk yg teruk. Tiap2 mlm2 tak boleh tido sbb hidung tersumbat yg teruk. aku try steam, VICKS takyah ckp la tak larat nak sapu dah. Lagi sapu lagi teruk ada la. Last2 tido sambil duduk. tapi susah jugak..huhuhuhu..mcm tula...dah la sejuk ya Allah..Cepatla pergi winter season ni.....huuuuu

Selama 6 hari jugak la aku tak selera mkn. aku jamah roti kosong ja. Tu pn sbb nak kn mkn ubat. huhuhu..tgk muka kat cermin, dah makin mencengkung muka aku. perut pn selempeng ja.huwaaaaa. 

Selama 6 hari jugak la, suamiku take over jaga anak2, mandikan, masak & semua pasal anak semua suamiku settlekan. aku mmg x larat gila. Ya Allah terima kasih kerana kurniakan pasangan yg begitu membantu. Moga Allah kurniakan kesihatan yg baik utk Abg. huhuhu...

anyway, kesan influenza ni masih ada, aku rasa x stabil lg, terhoyong hayang. 

Dah 3 mggu aku cuba mak kat Kg. Tapi masih tak berjaya org angkat. Maybe mak tido kot, aku call pagi kol 9 pg pn takdak sapa angkat. erm.....mcm mna ni. kn try cuba lagi la


Saturday, February 1, 2014

Influenza

Assalamualaikum wbkt

Hari ini hari Sabtu, makanya hari cuti. Tapi aku dah start cuti dr hari Rabu lg sbbnya Amjad demam. Hati Rabu tu aku terpaksa bergilir jaga Amjad sbb kn present progress data dlm lab meeting & ada photo shooting utk Eguchi Lab. Next time dah ada gambar aku upload. Hari khamis aku bawa p jumpa doc skali lg utk indluenza test. So mmg positif influenza. Amjad kn kuarantin 5 hari. Moga tak berjangkit pd zarif, aku & suamiku. Please pray for us.

Doc bg ubat influenza, aku dah lupa namanya utk 5 hari, kn abeskn. Ya Allah bab bg ubat ni payah sket. Kadang senang ja bg makan ubat kt Amjad, bg ubat dlm cawan, terus minum. Kekadang tu jenuh jugak kn paksa. Bab yg tu aku stress. Huwaaa.. Streesssssa!!! Suhu badan masih mencecah 38.5 degree kol 9.30 mlm, terpaksa jugak aku letak supp (ubat masuk kot bontot). Selalunya aku mmg xkn bg ubat. Memang jenuh basahkn/lapkan kepala & badan dgn air.

Harap esok tak dmm dah. Aku nk kn buat lab ni.. Lg seminggu nk kn present lg.. Huwaaaaa! Pergorbanan yg kadang2 org tak paham. Ingat mudah ke jadi ibu & pelajar aekaligus.


Adios (0_0)








Sunday, April 17, 2011

Sayang ummi & abah

Hari ini tanggal 17 April 2011, 9.08 pm, genap setahun umur Zarif. Doaku moga sepanjang umurnya diberkati & dirahmati Allah swt. Menjadi anak yg mendengar nasihat ibubapa, mentaati suruhan Allah & rasulnya. Difasihkan lidahnya untuk membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Moga menjadi pemimpin yang adil, bijaksana & mengutamakan Islam dlm hidupnya. Amin.

Muhammad Zarif Hadif Fathi, moga suatu hari kau membaca ini, inilah doa & harapan
yg ummi titipkan untukmu..anakku.

Sent from my HTC

Friday, February 25, 2011

Anakku demam lagi.....(^ - ^)

Haini Jumaat 25 Februari 2011, hari ketiga aku x p keje coz zarif demam panas since selasa. Bila fikirkan keje, mmg byk kije yg x siap lagi, tapi bila fikirkan kesihatan anakku ini, aku tangguhkan dulu keje2 tersebut. Mungkin mudah org ckp boleh buat keje dirumah, tapi jika ada anak disisi mana mungkin keje dapat dilakukan. Takpe la, yang penting kesihatan anakku semakin sembuh.
Tapi bila zarif demam lagi......adus jenuh sungguh nak melayan ragam anakku ini. Asyik nak didukung + dilayan kehendaknya. Satu lagi bab yang aku akan stress, time nak bg mkn ubat. Biasala baby mana suka mkn ubat. Jenuh aku & hubby pegang zarif. Tapi Zarif semakin bijak la ni, bila bg mkn ubat, dia awal2 lagi dah sembur2! adussss!!! mencabar sungguh nak menjaga anak wpon seorg. Terkenang mak aku yg jaga anak 10 org.