Saturday, February 26, 2011

This Morning's Breakfast (~ _____^)



~~~Toast bread and grilled frankfurters with worcestershire sauce served with sauteed mushroom and green salad~~~






Our Future House @ Taman Seraya Changloon

(- ___-) Front View (- ___-)

:: Side View ::

~~ Under Construction ~~
Rajin plak aku mengupdate blogkan..anyway nak cerita tentang rumah. Ingat lagi masa tahun 2008-2009, opismate ajak beli rumah (mcm beli rumah tu cam beli gula2 je..seposen je kan), aku jwb erm...xde perasaan nak beli lg coz kawen pn blom kan..so xde dlm perancangan pn. Sebenarnya nak cite kalo Allah dah bukakan hati kita ke arah sesuatu urusan, insya'Allah Allah akan mudahkan. Macam tu jugalah, masa nak cari rumah sekitar hujung tahun lepas 2010, suamiku dan aku mula memikirkan untuk mencari rumah coz we'll further study on 2012. So in between that time we must have house..rite?? Bila blik sambung belajar dah ade rumah. Harga rumah mmg melambung tinggi sekarang. Alhamdullilah setelah membuat beberapa research(lecturer la katakan) dr segi harga & lokasi, kami temui juga rumah yang dijangka siap penghujung 2012 ini 'TAMAN SERAYA, CHANGLOON'. Jadi org Changloon la plak pas nie. Dan yang pasti BEBAS banjir ok!!
Actually gambar ni adalah rumah contoh yg dah siap 15 Februari 2011 lepas. Aku dah suami dah p tengok..alhamdullilah puashati dengan rumah tersebut. Rasa mcm x sabar pula nak tinggal dirumah tu..mesti bestkan...hehehe (~_^)


Friday, February 25, 2011

testing

Just posting from my handphone..teeetttt!! TeeeeTttttt..Love it..after this can update my blog frequently (~_^)

Anakku demam lagi.....(^ - ^)

Haini Jumaat 25 Februari 2011, hari ketiga aku x p keje coz zarif demam panas since selasa. Bila fikirkan keje, mmg byk kije yg x siap lagi, tapi bila fikirkan kesihatan anakku ini, aku tangguhkan dulu keje2 tersebut. Mungkin mudah org ckp boleh buat keje dirumah, tapi jika ada anak disisi mana mungkin keje dapat dilakukan. Takpe la, yang penting kesihatan anakku semakin sembuh.
Tapi bila zarif demam lagi......adus jenuh sungguh nak melayan ragam anakku ini. Asyik nak didukung + dilayan kehendaknya. Satu lagi bab yang aku akan stress, time nak bg mkn ubat. Biasala baby mana suka mkn ubat. Jenuh aku & hubby pegang zarif. Tapi Zarif semakin bijak la ni, bila bg mkn ubat, dia awal2 lagi dah sembur2! adussss!!! mencabar sungguh nak menjaga anak wpon seorg. Terkenang mak aku yg jaga anak 10 org.

Sunday, February 6, 2011

Balik kg..ooo..Balik kg...

Adusss..x sempatnya nak update blog aku nie. Haini baru dpt update. Anyway aku baru balik dari kampung Kubang Ulu, Bukit Mertajam dan Kg Atas Tol, Kuala Terengganu. Jauhkan perjalanan kitaorg. =). Aku dan suami ambik cuti seminggu untuk balik kg.

Nak jugak aku cerita sbb tensen traffic jam. Kebetulan hari jumaat baru ni, kami p kenduri opismate suamiku kat Kota Bharu, Kelantan. Masa otw ke sana jln smooth jer, tapi time nak blik from KB to Jeli, jam teruk gile kat Rantau Panjang..mau gak 3 jam kami stuck kat ctu. Selalunya aku dan suami akan plan, klo boleh time lalu kat Grik jgn waktu malam, bukan apa gelap sgt dan byk lubang. huhuhu..bahaya & menakutkan.!!! Tuptaptuptap..masa kami sampai kat Jeli dah kol 8 mlm.

Nak dijadikan cerita, selepas solat qasar jamak Maghrib & Isyak di Jeli, lebih kurang pukul 10 mlm, kami pn bercadang bertolak pulang melalui Grik, tapi akhirnya membuat keputusan berpatah balik selepas berhenti di Petronas Jeli. Rasanya dah 5 km masa tu.

Nasib kami baik, tinggal satu je bilik kosong kat Jelita Inn tu, alhamdullilah, syukur sgt..bermalam la kami disitu. Itulah kan perancangan Allah lebih hebat dr perancangan manusia. SubhanaAllah (^ ____^). Keesokannya lebih kurang 9 pagi, kami pn bertolak dr Jeli ke Kangar. Seronok juga melalui Grik sekitar awal pagi coz cuaca sejuk dan berkabus sedikit. Anakku Zarif menyambung tidurnya sepanjang perjalanan Jalan Grik..lega rasanya, leh la aku berehat kejap. hehehhehe (^__________^)