Showing posts with label Jepun. Show all posts
Showing posts with label Jepun. Show all posts

Sunday, February 23, 2014

Hujung minggu di Jepun



Assalamualaikum wbkt & コンばわ,

Cuti 2 hari hujung minggu dah berakhir. Rasa seronok cuti ni sbb anak2 dah semakin sihat. Tapi aku selsema & batuk sket. Rasanya bulan 1 & 2 ni agak menguji ketabahan & kesabaran. Start dr Januari, dua2 anakku muntah dan cirit, seminggu jugak la, diikuti plak influenza, demam, selsema & batuk. Pastu aku plak kn influenza, demam, batuk & selsema. Ya Allah, hanya tuhan sana yang tahu mencabarnya kehidupan ini. Ditambah lg dgn kami dua2 org tgh sambung belajar, hari- hari buat lab & rutin lab meeting. Sometime my life mmg serabut sgt. Berat badan mmg turun, muka pn dah cengkung. Lagi satu, seriously mmg tak sempat nak sosial. Nak p mkn kat kafe pn tak sempat. So hari2 mmg mkn kat lab je ngan suamiku, tu pn kekadang tgh mkn p lari ke lab jap ambik sample then sambung balik mkn.hahahha.. Sorry terbebel plak. Anyway aku tau masih ada org yg lagi susah dari aku. Tapi saja nak luah kat sini.

Anyway selalu nya weekend kami akan mkn kat luar. Hah! Mkn kat luar? Mkn kat mana? Ada ke kedai halal? Hehheh.. Sure la ada tp boleh kira sgt & jauh. So klo nk mkn luar kn la tya ingredients yg ada dlm mknn tu. Antara port kami sefamili Sushiro, Marugame Udon, Caprioza & juga Raju. Anyway sbb kami tggl di Katsura x sehappening di Yoshida. Yoshida lagi banyak kedai2 mkn yg menarik. 

So weekend ni kami pergi mkn dkt Sushiro スシロー . Actually aku dr kat Malaysia lg mmg x berminat langsung sushi ni. Makan lg la x selera. So byk belajar mkn Sushi ni kat Jepun la. Btw, sampai skang aku masih x dpt mkn sushi yg mentah tu. Hahhaha.. Mmg lidah melayu betoi lah!! Pernah try tp kuar balik.. Hehehhehe.. My husband mmg peminat tegar dr Malaysia lg, so kat cni lg la dia suka since sini punya lg fresh kan & pelbagai (ikut musim). Anak2 biasanya mkn deserts, tempura udang & aiskrim. Aku plak mkn sushi yg dah diboil atau yg digoreng (tempura). Hihi (*^_^*). Bagi aku boleh la. Hahhah

Kalo p sushiro ni mesti sentiasa penuh je. Mesti kn tunggu q. Tambah2 time peak hour -lunch 12-1.30 ptg. Time ni sesak gila. Uhuhu. 

Ni gambar- gambar kami p mkn kat スシロー!


(^O^)スシロー^_^


(^O^)muka baru sampai - lapaq tp masih mampu tersenyum  (^O^)

~~~~ pilih-pilih yg mana suka ~~~~ 

<<<< skrin untuk order >>>>


€€€ ni aku punya menu,udang + avocado €€€€


#### aku x ingat nama menu ni.. Tapi ni encik suami punya####

:::::: peberet zarif pannacota:::::


@@@ sempat lg posing dpn tgga sushiro@@@@







Thursday, February 20, 2014

Viva voce Kyoto University

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbkt & こにちわ,

Waktu sekarang dah jam 130 tghr waktu Jepun, aku pn baru lepas lunch & solat zohor masuk jam 12.18 tghr. Td sempat buat lab. Kejar waktu sbb nak tgk lab mate viva voice haini.

Actually aku dlm bilik A2-306 tgh mendengar presentation pelajar master thn 2. Hari ni pelajar Lab Eguchi punya viva voice. Ada 5 org pelajar master. Untuk pengetahuan diorg punya viva voice dipersembahkan dihadapan pelajar lab lain & juga pensyarah dr lab lain. Maksudnya sesiapa pn boleh dtg tgk. Dan lepas presentation tu, ada sesi Q&A. Sesiapa pn boleh tya, tapi takat ni aku tgk selalunya pensyarah yg tya.

Jangkamasa presentation 15 minit dan Q&A sesi lebih kurang 5 minit. Ada penjaga loceng. Org Jepun mmg sgt punctual bab masa ni. Yang menariknya cikgu besaq yg jadi chairperson. Dia akan introduce pelajar yg akan viva voice.

Seminggu sblm viva voice, aku tgk lab mate kena berlatih dpn 2 org cikgu kecik. Cikgu kecik a.k.a sorang assistant prof, dan sorang lg assoc prof. Lepas tu ada lg sesi berlatih dpn Prof Eguchi. 

So, skang aku tgk diorg present mmg sgt smooth dan menjawab soalan dgn kopiden ja. 

Kelebihan lg, diorg present dlm bahasa jepun にほんご so memudahkan mereka lagi.

Kalau tak salah aku bln 1 & 2 ni bulan 'viva voice' dan juga 'entrance exam' untuk Kyoto University. 

Aku punya turn insyaAllah Jan 2016. Doakan aku dpt habes phd on time. Ameeen =) (0_*)

おねがいします


Wednesday, February 19, 2014

Mengapa jadi macam tu??

Assalamualaikum wbkt,

[sebelum baca, ini hanyalah pandangan & pemerhatian aku, mungkin tak semua org sama]

Actually entri kali ni lebih kepada pemerhatian aku la. Kalo sekali atau 2 kali aku takdak la kisah sgt kan. Aku agak heran dengan sikap org Melayu, klo aku juruskan kepada Islam nampak mcm tak berapa btol kan. Sepanjang berada di Jepun ni, almaklumlah mmg agak payah nak jumpa saudara seIslam kita. So kekadang tu kalo pergi jalan ke shopping mall atau ke taman atau tempat-tempat menarik akan terserempak la dgn org Melayu & Islam. Rasanya boleh cam kalo org tu dari Malaysia atau dari negara Indonesia. (kalo aku la boleh ja cam, entah la korangkan) hihi. Kadang-kadang pelancong Malaysia mai jalan ke Jepun kan. Tapi yang tak berapa nak bestkan, walaupun tak kenal, aku cuba senyum dan memang dah senyum pn. Konon nak bertegur sapa la kan. Masalahnya adoila..sombong bebebor. Senyum pn tidak malah dipalingkan muka. Kekadang tu buat-buat tak nampak. huhuhuhu..Sedih rasanya. Kita kadang2 seronok tau jumpa org sebangsa atau seagama kita. Lebih2 lagi diperantauaun ni. 

Ada sekali tu, aku, suami dan anak2 ke suatu tempat yg menjadi tarikan utama pelancong kat Jepun ni. Ada sorang mamat ni, aku ingatkan dia Japanesse, rupanya Malaysian dan berbangsa cina. Masa tu aku dan suami nak lalu dpn dia, so aku pn sebut 'Sumimasen' aka Excuse Me'.  Mungkin dia tgk aku pakai tudung and look like Malaysian dia pn tegur. Hahahah..tya kami Malaysian kah? Sempat la bersembang dan bertegur sapa dgn dia. 

See !!! org bangsa lain dan agama lain lebih mesra. erm..tepuk dada tanya diri sendiri.