Friday, November 7, 2014

Zarif dan Iqra

Assalamualaikum wbkt

Lama sungguh tak update blog. Sungguh kehidupan di perantauan sebagai isteri, ibu, dan pelajar memang sangat mencabar. Aktiviti seharian sgtlah sibuk. Dari mamasak, mengemas rumah, uruskan anak2 dan kemudian ke makmal untuk research, malam pn ke makmal lagi. Sungguh masa amatlah terhad. Sungguh aku memang takde masa utk diri sendiri. Tapi tetap bersyukur Allah pilih diri ini untuk ke sini. Keluh kesah, menangis sudah! Akhirnya kepada Allah aku berserah segalanya. 

Cuma hati ini risau dgn anak2. Mungkin aku risaukan anak2 dgn pendidikan agamanya. Antara cita2 aku sebagai ibu, kalau boleh aku nak anak2 aku dptkn pendidikan asas dr dari aku. Contohnya mengaji Al-quran, membaca, mengira. Bukan apa, tanggungjawab tu akan Allah tanya diakhirat kelak. Bg yg mampu boleh suruh org lain ajar. Antara hak seorang anak utk mendapat pendidikan. Tapi mungkin kepuasan mengajar sendiri tak sama dgn menghantar belajar pd org lain. Owh...sudah pasti bila balik Malaysia aku akan dapatkn ustaz/ustazah utk zarif & amjad. Cuma asasnya biarlah aku berikan dulu.

Aku terpengaruh dgn laman web yg dikelola oleh pn lina. Ada jugak mencuba cara pn lina, berjaya sekejap menyuruh zarif menghafal surah2 pendek. Akhirnya aku tukar ke konsep membaca iqra sebelum tido. Alhamdulilah konsisten dlm sebulan zarif dah boleh membaca iqra 1. Bagi aku itu pencapaian aku & zarif. Sungguh rasa puas hati. Dalam kesibukan, aku mampu ajar zarif. Harap bila zarif belum berumur 6 thn dia dah boleh baca Al-quran sendiri. Bila balik malaysia boleh lah hantar ke kelas tajwid, taranum. Sekurang2nya zarif dah ada asas & bukan bermula kosong bila balik Malaysia. Doakan. Antara cita2ku, teringin anak yg boleh jadi qari. Hebat ilmu agama & bermanfaat pd org lain. Hebat jugak akhlaknya. Aku juga nak zarif bersekolah berteraskan agama & akademi. 

Sekarang ni klo aku lupa nk ajak zarif baca iqra, dia pla yg akan ingatkn aku. Aku rasa seronok sbb dia sendiri dah ada inisiatif sendiri. Zarif mmg anak yg petah bercakap dr kecik. Umur dia 1 thn 6 bln dia dah boleh bercakap tanpa pelat. Mudah mengingat & fasih bercakap. 

Sekarang ni pn dia dah fasih berbahasa Jepun. Cikgu2 di taska pn memuji zarif. 

Erm.. Nampak mcm memuji anak sendiri. Jangan risau, aku hanya tulis diblog. Aku pn bukan jenis suka puji anak dpn org. Antara pesan nabi, kalo bercakap dgn org jgn kita ceritakan kehebatan/ memuji anak sendiri. Lebih baik berckp kebaikan anak org yg sedang kita bualkn. 
Pada ibu2 yg bekerja, kesibukan bkn alasan. Yang penting tanamkn dr kecil suka baca Al-quran. Masa depan mereka sgt mencabar.