Ayah
Malam ini sambil baring- baring teringat ayah di Malaysia. Teringat rutin ayah setiap hari dari masih bekerja, pencen dan sekarang dah hampir 7 tahun ayah lumpuh. Ya ayah dah lumpuh. Aku rindukan suara ayah mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran setiap malam usai pulang dr masjid mengerjaka solat jemaah. Rindukan bunyi enjin moto buruk ayah setiap kali pulang dr solat jemaah dari masjid. Alhamdulillah ayah sejak dr muda lagi memang tetap & istiqamah mengerjaka solat berjemaah dimasjid. Walaupon hujan lebat,ayah tetap akan ke masjid. Aku kagum dengan ayah. Terus terang ayah banyak mencorakkan diri aku sekarang.
Aku rindukan nasihatnya, yang tidak pernah lekang. Jangan lupa solat & mengaji Quran. Tambah- tambah lagi ketika aku akan ke asrama atau pulang ke Perlis sbb bekerja di Perlis. Ya aku rinduka ayah.
Aku masih ingat lagi, masa umurku dihujung usia 8 tahun. Ayah panggil aku dan suruh aku pakai tudung dengan lengkap. Masa tu aku terus menangis sbb mcm suatu paksaan. Tapi keesokan harinya aku pakai tudung seperti yg ayah suruhkan. Mungkin cara org dulu tidak memberitahu sebab & mengapa? Sbb tu anak2 akan sedikit memberontak.
Aku masih ingat lagi pada zaman kecilku, ayah akan bertanya aku sama ada dah bersolat atau blom apabila ayah pulang dr kerja.
Aku masih ingat lagi ketika diusia remaja,ayah memesan padaku untuk memilih kawan yg baik- baik. Ayah juga memesan berpakaian longggar dan menutup aurat. Berstokin lengkap. Ya aku masih ingat lagi, diwaktu ini diusia remaja,aku mencari2 identiti sendiri, siapa yg ingin aku contohi. Alhamdulillah Allah memberi petunjukNya.
Aku masih ingat lagi, ayah berikan kitab Al-Quran yg dibacanya setiap hari padaku ketika aku mula -mula melangkah kaki untuk ke matrikulasi bersama pesanan agar aku sentiasa mengalunkan ayat suci Al-Quran.
Aku masih ingat lagi ketika setiap kali cuti semester, ayah akan suruh aku baca hadis- hadis selepAs ayah pulang dr solat isyak dr masjid usrah bersama abg, adik dan kakak. Ayah pesan baca hadis dlm rumah dapat melindungi diri fitnah Dajjal.
Ayah tika ini sudah tidak mengenali kami disbbkan oleh stroke. Aku masih ingat lagi sebelum ayah hilang daya ingatan, ayah pesan padaku sedekahkan ayah 3 Qul tiap-tiap hari.
Aku masih ingat lagi, ayah suka mengusap kepala aku sambil berpesan. Aku dpt rasakan kesannya.
Aku masih ingat lg, ayah merantau dlm melaksanakan tabligh sehingga keluar negara. Namun ayah x penah culas dlm tanggungjawabnya memberi nafkah walaupun kami ditinggalkan 3-4 bln.
Hebatnya ayah dalam hidupku. Walaupun ayah tidak berpelajaran tinggi. Bagiku ayah hebat dlm menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah.
Moga Allah mengurniakan ayah sebaik2 kurniaan dan merahmati kehidupan ayah. Moga dgn keadaan ayah sekarang bertambah pahala kepada ayah dan sebagai penghapus dosa-dosa ayah.
Aku rindukan ayah. Banyak lagi memori ayah dlm ingatanku. Bukan mudah menjadi seorang ayah. Berat tanggungjawabnya pada Pencipta.
MasHa