Assalamualaikum wbkt & Selamat Pagi everyone.
Dah lama menyepi dr dunia blog ni. Almaklum la mmg sgt busy dengan kehidupan sekarang. Di hati mmg berniat nak berblog however, mesti lepas tu tak tertulis dek kerana keletihan, tak pun lupa or mmg most of the time kekurangan masa (tak berani tulis takde masa, coz masa yg Allah bg 24hrs per day, mungkin cara menghabiskan masa tak berapa efficient lg).
Anyway antara pencapaian masa tahun lepas:
1. Alhamdulillah Allah kurniakan cahaya mata seorang lagi anak lelaki, Amjad Hafiy Fathi Bin Zulfakar, yang lahir pada 9 April 2012 (Isnin) bersamaan dengan 17 Jamadilawal 1433H. Nama anak kali ni aku yang pilih & dipersetujui oleh my hubby. Thanks abg sebab memahami. Berat 3.30 kg. Lahir normal cukup2 40 minggu melalui teknik induce. Baby syiok dok dlm perut ummi ni..takmo kuar..hihi. =)
2. Alhamdullilah juga planning untuk sambung belajar peringkat PhD ke Jepun tercapai. Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang kepada ku & suami untuk memjejak kaki ke tanah jepun. Kami berangkat ke Jepun pada mlm 21 September 2012 dan sampai di Kansai Airport, Jepun pada 7 pagi waktu tempatan jepun. Penerbangan selama 6 jam.
3. Tahun 2012 bagiku adalah tahun paling mencabar fizikal & mentalku. Perjalanan untuk mendapat kelulusan sambung belajar hampir mematahkan semangatku. Cabaran paling tinggi yg ku terima. Alhamdullilah dgn berkat kesabaran & keazaman dapat ditempuhi juga. Moga Allah permudahkan aku untuk menghadapi lab, result eksperimen, tulis paper journal, viva dan seterusnya pulang ke Malaysia.Amin..
4. Allah saja yang lebih tahu & berkuasa atas sesuatu, kebetulan ketika tgh berpantang anak kedua, pengasuh anakku Zarif diserang strok. Mak Kiah diserang strok ketika subuh hari. Kesian kat mak kiah..dia jaga anakku mcm anak sendiri, orangnya sgt baik hati, tak berkira masa & duit. Aku memang suka cara dia jaga anakku. Alhamdullilah sekarang mak kiah dah beransur pulih. Sebelum berangkat ke jepun tempohari, aku sempat menziarahi mak kiah. Dah boleh bercakap dan berdiri dgn bantuan tongkat. Alhamdullilah Allah menyembuhkan mak kiah.
oklah..itu ja kot..hopefully akan regular berblog lagi..adios =)
p/s: actually time ni kat Kyoto University..aku curi masa berblog..hahaha..bosan ngadap jurnal..