Wednesday, February 20, 2013

Terlambatkah aku?

Dengan Nama Allah , Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang


Assalamualaikum wbkt ..Salam dari bumi Jepun (0_0)

Terasa rajin pla meng'update' blog aku ni. Actually haini datang Kyodai mcm xtau nak buat apa..sbb smlm baru lepas exam..pastu Cikgu plak sibuk dgn labmate yg nak VIVA haini. Rasanya Cikgu jadi Examiner kot. Bilik dia gelap ja..just terserempak dia masa balik lunch td. Pastu xdak dak kat bilik dia.

Actually apa yg nak ditulis pada blog kali ni berkaitan cita-cita atau harapan aku pada anak-anak. Sebenarnya aku nak anak-anak aku nanti jadi Tahfiz Al-Quran @ penghafaz Al-Quran. Sebab aku dulu tak berkesempatan/takda ilmu pasal nak jadi tahfiz Al-Quran. Aku tak nampak jalannya. Alhamdulillah..memang aku dilahirkan dalam famili yg mementingkan agama. Tetapi takde galakan walaupun masa tu abang sulungku pernah dihantar oleh ayahku ke Pakistan untuk belajar/hafaz disana. Mak aku cakap abg sulung dah hafaz Al-Quran sebanyak 15 juzuk. Then x sempat habes belajar, dia balik Malaysia sebab masalah kewangan & penyakit yang melanda di Pakistan ketika itu. Lepas tu dah takde sorang pn yg jejak langkah. 

Memang betullah 'Masa itu ibarat emas';  Masa itu ibarat pedang'; dan juga

Hadis Rasullullah berkaitan pengurusan masa:

" Ada dua kenikmatan yang membuat kebnayakan manusi atertipu yaitu nikmat sehat dan waktu lapang." (HR Bukhari)

Kesibukan bekerja & sekarang sebagai pelajar membuatkan aku alpa sesuatu. Kesian kat anak-anak aku. Aku ada mendedahkan pada mereka apa itu Al-Quran, baca surah pendek sebelum tido, cari youtube tentang alif baa taa tapi aku tak konsisten. Memang Zarif dah boleh baca alif baa taa tp sepatutnya pada usia mcm ni dia dah boleh hafaz surah2 pendek yg lain. Tetiba rasa mcm dah terlambatkah aku? Tapi sebenarnya tiada perkataan terlambat jika kita masih sedar hari ini. Ayuh mulakan!

Hari ni seharian aku cari maklumat berkaitan mengajar baby & kanak-kanak menghafal Al-Quran. Bukan mudah amanah ini. Thanks to kak lina dr blog ini : http://www.darwishndarwisya.blogspot.jp

"  dalam mendidik anak sebelum kesibukan melalaikanmu, kerana sesungguhnya apabila anakmu telah berumur dewasa dan berakal (tetapi tidak terdidik) maka dia akan menyibukkan (menyusahkan) hatimu dengan keburukkan".
Bagi saya amatlah penting untuk mendidik anak sedari kecil kerana Nabi S.A.W pernah bersabda,"Kegiatan anak semasa kecilnya akan menambah akalnya diwaktu dia membesar" (Riwayat Tarmizi)

Besarnya tanggungjawab sebagai seorang ibu & bapa..bukan sahaja didunia..malahan akan ditanggung lg diakhirat. Tetiba rasa gementar jiwa raga ini. Kena bertindak sekarang !

Jumpa lagi =)




No comments:

Post a Comment