Yeay!! Yeay!!
18 & 19 Februari 2013...berakhir sudah penantian sejak datang ke Jepun. Ini baru langkah pertama untuk menjejaki kaki sebagai PhD student kat Kyodai ni. Sudah dua hari jugak la kepala aku berasap. Berasap bukan apa sebab menjawab soalan2 untuk Entrance Exam. First paper English Exam ambik masa 2 jam, pastu petang plak paper Inorganic Chemistry 3 jam plak. Masa 1 jam terakhir paper kedua tu..kepala aku dah sakit..agak2 ,mcm berasap kot. hahhaha..Alhamdulillah rasanya macam boleh jawab dua2 paper tu. Tapi paper kedua tu untuk second part rasa mcm terbako jugak la..suh jawab soalan based on jurnal yg dia bagi..tp jawapan xdak kat dlm tu..kena fikir..dah la bab2 pasal nano2 ni..aiyok!!!
Second day Entrance Exam : Presentation my previous master's research + oral exam. Ok sket la haini..mcm takla tensen sgt kan. Btw, sejak datang Jepun ni byk la belajar cara diorg fikir & bertindak. Selalunya presentation kita guna Power Point kan kalo kat Mesia, ni tak..aku kena buat 4 pages summary berkaitan my master's research. Copies of 4 pages ni setiap examiners dapat la. Then present kat 5 org examiners termasuk CIKGU aku skali la. Yang bestnya pasal presentation ni..baca ja setiap ayat yg ditulis dlm 4 pages tu. Tak payah nak kena ingat2 mcm kita present guna Power Point kat Mesia tu. Pastu baru sesi bertanya. ok! Actually depa org Jepun ni akan tya soalan fundamental..mmg kena teror basic & fundamental ni. Yang bestnya depa ni takdak la nak hentam2..dia very academician..mmg akan bg nasihat. If depa taktau..depa akan cakap taktau even CIKGU aku pn. Tu yang baguih depa ni.
Minggu depan plak akan berdebar sbb dapat result samada dapat jadi Kyodai student or not. uwaaa!! harap2 lepas la..kalo tak seat for another Entrance Exam la jawabnya. Doa for me & my husband ye.
Let me cite sket la kan..pasal lab/department. Department aku Department of Energy & Hydrocarbon Chemistry. Post Doc ada 1; PhD student ada 3 org; master's student ada 10 org rasanya; bachelor ada 5 org (depa ni bt FYP la); 2 org cikgu kecik; sorang cikgu besaq(supervisor aku); pastu ada 2 org steno. Lab aku ni ada student dr India, Egypt, Taiwan, China, Malaysia (aku la tu). Yang lain tu org Jepun la. Tempohari ada 2 org attachment student; sorang dr Australia & sorang lg pompuan dr Thailand (best fren sekejap haitu dengan Jaeb).
Routine kat sini every week akan ada Lab presentation. Student pecah ikut group. Group ni selalunya ikut pengkhususan yang dibuat. Ada yang buat ttg fuel cell, ada yang bt pasai production H2. Satu lagi apa ekk..aku lupa da. So every 3 weeks akan ada progress presentation. Kena lapor melalui presentation tu. So masa tu la, Cikgu Besaq akan tya soklan2..or perkara2 yng berbangkit pasai research la. So this is how their monitor student punya research. Actually, senpai dlm group masing2 akan tolong kalo ada research yg tetiba terlekat tulang. Boleh diskuss dgn depa la. Pastu..kat cni takdak technician..so semua alat yg nak guna SILA MAHIRKAN diri anda sendiri la ye. Kena tya SENPAI2 la nak belajar alat ni..dah la dlm bahasa Jepun..uwaaaaa!!!
Apa lagi ekk nak cite..bab keje depa mmg la..depa akan balik lewat la..aku taktau depa balik kol baper..yg pasti aku la ni balik 6.30 ptg. Ambik anak2 kat Hoikuen. Tapi nnti kalo start buat lab mesti kena mai awai2 la. kalo tak jenuh la plak nak siapkan lab kan..
okla..membebel la plak lg..Sayonara.!
No comments:
Post a Comment