Dah lama tak update blog..adoi bosan daaa!! asyik2 sebut tak update blog. Biasa la kan busy memanjang since aku dah jadi student kembali. Tiap2 hari adalah hari yang sgt mencabar, dan menguji kesabaran. Kesabaran sebagai ummi kepada dua org puteraku & kesabaran sebagai student 'permanent head damage'.
Memang benar, membesar & mendidik anak2 bukan mudah jika dibandingkan dengan membela anak2? Benarkan? Ditambah lagi cabaran di bumi asing Jepun ni. Tapi alhamdulillah masa sudah mengajar erti kepayahan & kesusahan. Kesusahan apa tak payah la diceritakan. Tapi bagi yang mempunyai anak akan faham la ragam2 anak.
Actually aku tgh run eksperimen sambil meng'update' blog ni. Sambil update sambil tu berlari2 ke lab untuk turn button GC. hahhaha..ok tak mcm tu..hahaha. Akhirnya 'peak' CO & CH4 ada pn. Tempohari aku bt lab, dua2 peak tu takdak..jenuh la menjawab dgn 'cikgu besaq'. huwaaaa!!! Sambil berfikiran positif, setiap yg berlaku ada hikmahnya..mmg pn ada hikmahnya. aku lebih cekap guna GC tu and tau nak troubleshoot masalah GC tu. Almaklumla aku pn first time user GC ni. Tak penah guna, tak penah tau mcm mna berfungsi. Dah la dlm bhs Jepun kan..so it take time to learn! Mencabar tak? Banyak lagi lah nak kena belajar, BET test, SEM, TEM, XRD, H2 TPR. Almaklumla sistem belajar dulu, hantaq ja sample kat technician, depa akan buat. Kat Jepun ni, everything u do by ur own. Teringat lagi first time buat BET, kan guna liquid Nitrogen. uwaaa ketaq aku nak tuang liquid N2 tu ke dalam vessel BET tu. Sib baik takat ni depa tak suruh aku p ambik liquid N2 tu kat 'main storage'. Kalo yg tu lagi ketaq lutut. hihi..but lama2 dah ok dah..tak ketaq dah. awai2 ja..sbb benda baru kan..hihihi..Alhamdulillah atas pertolongan Allah swt.
sorry la noo...kalo sesapa yg rasa bebelan aku ni membosankan..tapi aku rasa blog adalah salah satu cara nak hilangkan stress kepala hotak aku ni..kat cni dah la takdak org nak sembang. depa ni buat keje ja..aku rasa sbb universiti ni Kyoto University..depa semua ni budak2 yg excellent..so mostly depa ni serius ja..n keje2. hihi..
Apapun haini Hari Nuzul Al-Quran..kat Malaysia ada yang cuti kan..tapi kat cni tak cuti la..anyway Selamat bercuti & Salam Ramadhan. Raya ni aku tak balik since research masih tahap pencarian lagi..mcm ketaq ja nak minta balik kat 'cikgu besaq'. tapi plannya mcm nak balik bln 9 ni..doakan lah dapat balik kg..huwaa!! Miss Malaysia so much..hehhe.
Salam Ramadhan yer!!!
inshaALLAH. selamat berpuasa makcik. Rindu sangat-sangat. HUHU *ayaq mata bertakung sambil taip komen*
ReplyDeletetq naaaa!!! makcik pn rindu laaaaaa...doakan makcik boleh balik malaysia ..
ReplyDeleteinshaALLAH. nanti boleh la ikut balik jepun skali :)
ReplyDelete