Monday, July 29, 2013

Solat Itu Tiang Agama

Assalamualaikum wbkt 0_*!! Ohayou gozaimasu ~ ~

Tgk tajuk entri aku kali ni, bkn nak cerita pasal kelebihan solat atau cara-cara nak solat. Cuma nak cerita pengalaman bersolat di negara yang bukan Islam. La ni kan dok kat Jepun so bab solat ni agak susah sikit apabila keluar berjalan2 atau bersiar & bershopping sakan. Bukan susah nak solat, solat tetap solat cuma susah nak cari port yg sesuai nak solat. Almaklum la kalo kat Malaysia, masjid bersepah ja, kalo kat highway ada ja musolla @ tempat nak solat kan. 

Pengalaman pertama masa keluar shopping kat Uni Qlo dulu, senpai (senior) tunjuk la port depa solat klo kuar area ctu. Huh! nak tau dak kami solat kat level bawah..laluan pejalan org2 kuar dr tgk movie. Since port tu sunyi & kekadang ja org lalu. Ada gak la tu tgh solat org lalu, tapi buat bodo ja la kan. Bukan apa dr apa yg senpai2 ckp depa ada gak kena halau time solat kat shopping mall, sbb tu kami mcm cari port yg sesuai jgk la kan. Masa tu perasaan mcm x berapa selesa la kan..mcm ayat kat atas, kalo kat Malaysia boleh ja nk solat kat mana2 masjid or tmpt solat disediakan. So mcm teringat la mcm cerita zaman Nabi Muhammmad saw. Masa awal2 kedatangan Islam, secara bersembunyi kan. Memang perasaan tak selesa tu mmg ada. Kalo kat Kyodai (Kyoto University) aku akan solat kat bilik rehat, tu pn kekadang mmg akan ada org jenguk. But so far alhamdulillah takde la yg bt apa2. 

Btw, now perasaan tak selesa tu dah takde, since kami pn dah cekap mencari port2 nak solat kalo time kuar shopping. Paling senang solat ja dlm bilik persalinan baju. Kekonon ambik seluar or baju..masuk bilik persalinan, then solat la. Yang penting mmg kena sentiasa bawa kompas la ye! mudahkan. Wuduk ambik kat toilet. La ni summer ok la. Time winter dulu, air sejuk la nak ambik wuduk, so selalunya mmg aku akan simpan la wuduk zohor terus ke asar. Sbbnya mmg x tahan kesejukan, btw air paip kat sinki takde air panas kecuali dlm toilet ok! 

Satu lagi port, ni utk aku ja la, since aku breastfeed, so port sesuai adalah bilik menyusukan baby..hihihi.alhamdulillah Allah permudahkannya. Ada jugakla kami bersoalt bawah tangga. Ni masa p kat Joshin..haha..kebetulan area sini byk jugak shopping mall yg best. Sampai ada satu masa tu, kalo kami nak solat kami p joshin tu sbb nak solat ja. Aku siap buat lawak kat suamiku " Joshin tu dah jd masjid kita ka? hahhaa..ok joke je ok! jgn serius sgt. 

Kalo keluar jenjalan  (bukan shopping mall) contohnya p zoo ka! aquarium ka! or jenjalan kat Koen (taman) selalunya mmg solat ja la kat atas tanah/rumput yg kurang laluan org. Memang org Jepun akan tgk tp buat taktau ja la. Tu la so far mcm takdak kena halau lagi la.hihihi (*_0). Apapun sebelum keluar kena la prepare barang2 ni:: kompas (better yg biasa bkn digital) :: kain/sejadah :: berpakaian menutup aurat:: sbb nak solat mudah, tak payah dah nak pakai telekung putih solat tu.:::

oklah harap2 entri kali ni bukan setakat bebelan. Mungkin membantu sesapa yg nak berkelana di bumi Allah ni.

XOXO 
20 Ramadhan 1434H
Salam ramadhan 1434H dari Bumi Jepun (=_=)

-
MasHa-





1 comment: