Tuesday, November 19, 2013

Rezeki itu kurniaan Allah

Assalamualaikum wbkt (*____~)

Alhamdullilah termakbul juga salah satu cita-cita aku nak datang ke negara Jepun, walaupun pada suatu ketika dulu aku pernah berkata secara gurau sahaja. Selain Mekah tempat umat Islam berkumpul  & menunaikan salah satu 5 tonggak Islam, antara tempat yang ingin aku kunjungi adalah negara Jepun. Selain itu, adalah negeri Kelantan. Alhamdullilah dua tempat yang jauh disudut hati ini ingin ku kunjungi, telah termakbul. Apa yang istimewa negara atau negeri ni, hanyalah pada permulaannya dengar-dengar dari orang, selain dari sumber internet.

Bagaimana ingin diceritakan tentang negara Jepun ini. Negara yang Allah ciptakan dengan lingkaran gunung berapi yang banyak. Tapi istimewanya negara Jepun kerana rakyatnya. Ini pandangan aku dan mungkin boleh dicari maklumat dari sumber internet. Kalau tak bersetuju terpulang lah yer! Dari pengalaman dan pengamatan sendiri selama hampir setahun tinggal di negara Jepun ini. Walaupun begitu mereka bukan lah sempurna juga, bagi aku yg baik dijadikan contoh dan teladan yang buruk jadikan sempadan. Dari segi sikap, mereka memang sangat penyabar dan bertolak ansur dan lebih mengutamakan orang lain. Sebagai contoh, memandu dijalan raya atau highway, kebanyakan had laju jalan raya adalah 50km/j sahaja. Nampak mcm slow kan tapi bagi aku kalo bawa 50km/j di jepun dah kira laju. Sebabnya trafik light banyak dan perlukan pemerhatian sbb pejalan kaki & penunggang basikal sangat ramai & dimana-mana sahaja. Dan yang pasti mereka memang sangat mematuhi peraturan jalan raya. Kanak-kanak berjalan tanpa ibubapa adalah gambaran biasa di Jepun dan mereka mematuhi jalanraya. Itu sudah pasti. Satu lagi jarang dijumpai aksi-aksi memotong atau memotong secara berbahaya. Kebanyakan mereka akan memandu dengan sabar dan beratur. Di highway pun sama, pengalaman sendiri ketika waktu sesak (jam) mereka tidak akan memotong atau mencelah tetapi mereka memang sabar. Apa yang aku ingin katakan kami yg berada disitu pun tak stress sbb semua org beratur so kita rasa jem pn takpa sbb semua orang mematuhi peraturan.

Istimewanya Kelantan Negeri Serambi Mekah kerana disitu dapat dilihat potensi masyarakat Melayu yang terlibat dgn perniagaan dari sekecil perniagaaan sehingga sebesar perniagaan. bersambung di lain kali (sbb sibuk buat lab..)



No comments:

Post a Comment