Thursday, April 3, 2014

Tempat asuhan kanak-kanak a.k.a Child Nursery di Jepun

Bismillahirramanirrahim
(Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum wbkt,

First of all, aku minta maaf ye kalo penulisan aku banyak bercerita ke arah kebaikan negara Jepun. Tak bermaksud untuk bandingkan negara Malayisa dan Jepun. Masing-masing ada baik dan buruknya. Cuma negara Jepun ni, kalau pernah tinggal disni, kita akan rasa atau akan kata mcm ni ' Org Jepun ni dah mcm org Islam yg 'betul-betul' praktikkan Islam itu dlm diri, masyarakat dan negara mereka,cuma mereka takde akidah islam je, akhlaknya dah islam. Bak kata pepatah, ambik yang baik untuk dijadikan tauladan, yang buruk kita jadikan sempadan. 

Satu lagi aku perasan sejak-sejak aku tulis pasal Jepun ni kat blog, ramai juga menghubungi aku melalui emel bertanyakan kemusykilan masing-masing. Alhamdulillah aku kutip pahala sikit-sikit melalui penulisan ini agar dapat membantu kawan-kawan yg ingin melanjutkan pelajaran atau apa saja di Bumi Matahari Terbit ini.  

Berbalik pada apa yg aku nak cerita pasal tempat asuhan kanak-kanak aka taska aka childcare or seangkatannya. Memandangkan aku ada kedua2 pengalaman menghantar anak aku ke "Private Nursery' and 'goverment nursery'. So mari aku cerita..hehehhe. Perbandingan aktiviti dan keselesaan antara keduanya berbeza. Pada mulanya aku sangkakan di private lagi baik berbanding goverment, tapi sebaliknya. 

Kami hantar ke private nursery pada awal2 kedatangan sebab dah terlepas application untuk kemasukan Oktober 2012. Kami berjaya pada April 2013. Alhamdulillah. 

Aktiviti di private nursery kurang berbanding di goverment nursery. Satu lagi aku lihat waktu lepas nap, anak2 akan dihidangkn dgn TVdi private nursery. Jika di goverment nursery, akan ada aktiviti bermain toys (kebanyakan toys cikgu buat sendiri),  cikgu akan baca buku, bermain di persekitaran luar nursery, cara2 menghormati org lebih tua dll. Boleh dikatakan aktiviti di goverment nursery adalah aktiviti luar. Kanak-kanak banyak didedahkan dgn alam sekitar. Antara aktiviti bermain pasir, bermain air, bermain-main ditaman/park (Jepun mmg sgt banyak taman), berjalan-jalan dipersekitaran nursery. Aktiviti dalaman pn ada seperti melukis, painting, main cat, mewarna, main tisu, koyak kertas, memasak (peberet zarif) dan banyak lagi. Satu lagi org Jepun ni mereka mmg dr kecik lg dah menerapkan budaya membaca, cikgu akan baca buku dgn aksi2 sekali untuk menarik minat membaca. Yang ni aku boleh nampak pada Amjad, dia paling suka buku. Mesti ambik buku suruh aku baca, cikgu kat taska pn cakap amjad suka ambik buku suruh cikgu baca. Ada satu buku tu cikgu ckp peberet amjad. hehehhe. Buku tentang bulan. Buku-buku cerita kanak-kanak memang sangat byk dan interaktif. huhu..aku suka belek buku kanak-kanak kat kedai buku Jepun, tp sayangnya tak reti nihongo..huwaaa!! kalo tak habes dah jadi koleksi anak-anakku.

Walaupun musim sejuk, anak-anak tetap akan dibawa keluar untuk bermain kecuali salji turun atau hujan. Banyak aktiviti pada musim sejuk dan autumn---> bermain-main ditaman. Cikgu bawa tgk daun-daun pokok yang bertukar kaler. Ada jugak cikgu bawa budak-budak ke kyoto university, kebetulan nursery berdekatan dgn kyoto university. Manakala aktiviti pada musim panas adalah jadi badak berendam..hehehe..main air. Ada kolam plastik disediakan di taska untuk main air. Seronok la kanak-kanak riang main..hehehhe.

Dari segi keselesaan, maksud aku anak2 diasingkan mengikut peringkat umur. So kat taska tu ada 6 kelas semuanya. Nama-nama kelas berdasarkan nama buah-buahan.hehhe.. kiut sgt. Pastu pengenalan anak2 pula adalah haiwan. Mcm zarif 'lion', amjad pula 'horse'..hehehhe. Kelas pertama untuk dari umur 3 bln sehingga 1 tahun lebih dan seterusnya. Aktiviti untuk anak-anak pn mengikut kesuaian umur. hehhehe. Dari segi keselamatan antara budak kecik dan budak besar pn lebih terjaga. 

Citer aktiviti dah, mai kita fokus pasal kemasukan ke goverment nursery. Kemasukan selalunya April/Oktober sama ja dgn nak masuk kerja/belajar di Jepun ni. Kiranya tahun baru org Jepun adalah bulan 4. So application akan diwar-warkan dlm bulan Februari/Ogos. Kena hantaq borang, pastu akan dipanggil interview dlm bulan March/September. Semua urusan ni kena p ke ward Office tempat tggl masing2. Peluang tinggi untuk dapat tempat di goverment nursery ni adalah ibu dan bapa bekerja atau kedua2nya belajar. Peluang sgt tinggi. Tapi kalo gaji tinggi dan kedua2nya bekerja aku tak pasti la. Tapi bagi kami sekali ja application, terus dapat. Alhamdulillah. Sbbnya yurannya sgt2 murah berbanding private nursery. Bayangkan untuk private nursery lebih kurang 70000 yen untuk zarif & amjad, manakala di goverment nursery lebih kurang 4000 yen untuk kedua-duanya. Yang lebih menariknya Jepun mengamalkan kesamarataan antara warga asing dan rakyatnya dlm semua hal termasuklah nursery ni. Kami masih mendapat peluang yg samarata untuk ke goverment nursery. Tiada pilih kasih. Itulah Jepun. hehehhehe.

Dari segi makanan, pihak nursery yang sediakan makanan tengahari dan petang. Lunch kol 11 pagi dan mkn petang kol 3. Pada awal-awal kemasukan ke nursery, kami bgtau pasal halal haram, jenis2 mknn yang tak boleh mkn. Kena bgtau dengan lengkap. Pastu kena tandatangan surat.hehehhehe..Memang tak boleh bawa mknn sendiri, masa kat private dulu, dibenarkan. So tiap2 hari selama 4 bulan aku buat bento untuk anak2.hehehhe..

Working hour 830 pg hingga 5 ptg. Kalau nak extend masa kena ada surat dari majikan. Kalau tak mmg kena follow 830 pg- 5 ptg. Mcm kami 2 semester lepas ada kelas sehingga pukul 6 ptg. So kami bagi jadual waktu pd nursery. Bayaran dikenakan sebanyak 500 yen seorang/perday jika ambik lepas kol 6 ptg. hehhhe...ok la kan..kikiki.

Boleh dikatakan nursery banyak aktiviti untuk parents jugak. Ada hari sukan, hari kanak2, hari apa lagi..ntah tak ingat dah. Selalunya weekend la.

nak letak gambar..tp x sempat lg..anyway selamat membaca. harap dpt membantu rakan2 yg nak sambung belajar di Jepun.

Sayonara =)

-MasHasan-


No comments:

Post a Comment