Tuesday, February 25, 2014

Riadah

Assalamualaikum wbkt
Februari 2014 hampir melabuh tirainya. Kejap ja masa berlalu kan. Kadang2 rasa takut dgn masa yang semakin cepat berlalu. Melihat anak sendiri semakin membesar, dan diri ini semakin berumur. Teringat cukup kah keperluan rohani, tunjuk ajar kepada anakku & cukupkah amalan aku nak bawa ke sana nanti. huhu..

Sekarang waktu malam masih panjang Magrib disini pukul 5.49 mlm dan terbit matahari 6.32 pagi waktu Jepun. Jepun ni boleh dikatakan banyak taman - taman untuk riadah. Selalunya taman atau padang permainan ni ada gelungsur, buaian, besi-besi untuk memanjat dan kawasan untuk berlari2. Rasanya sama ja kat Malaysia. Cuma yang menariknya, disediakan satu tempat untuk main pasir - bolehlah anak2 korek2 tanah. Selalunya aku tgk mak bapak Jepun ni akan bawa anak2 mereka belajar naik basikal kat taman permainan ni. Dan semestinya bersih lah. hehehe. Aku kerap jugak bawa anak2 aku ke taman permainan terutamanya waktu summer atau spring. Lagi pun waktu tu siang panjang, lepas balik dr lab- ambik anak2 dr taska- terus pergi taman permainan. 

Mai nikmati gambar kami ke taman yg berdekatan Kyoto University.hehehehe..Yang menariknya taman di atas kawasan yg tinggi so dapat la view yang menarik. Lepas g taman tu kami jalan kaki ke Kyoto University. Anak2 suka sgt berlari di situ. Zarif sampai takmau balik. Amjad dah tak larat jalan, akhirnya aku kena dukung. Aku pn rasa seronok meluangkan masa bersama2. 

      :: zarif main gelungsor.. Peberet :::


::::::::::::: anak beranak posing dlm tmpt main pasir ::::::::::::



@@@@@ main pasir..sejuk2 pn riadah jugak @@@@


     Amjad lari kejar zarif 


 ::::::  Abg zarif lari laju sgt :::::


 Jln2 dlm taman


Lari sakan kat foyer dpn kafe Kyoto University


  @@@@ main nyorok @@@@

  Kanak2 riang .. Hehe



Cubaan zarif nk lompat mcm abah. Hihi



(0_0 penat dah.. Jom balik 



Sblm balik ambil gambar dulu.. 


Aktiviti riadah yg santai tapi menyeronokan 😄🇯🇵






1 comment:

  1. Assalamualaikum. Boleh saya tahu macam mana nak apply untuk masuk Kyoto University?

    ReplyDelete