Sunday, February 6, 2011

Balik kg..ooo..Balik kg...

Adusss..x sempatnya nak update blog aku nie. Haini baru dpt update. Anyway aku baru balik dari kampung Kubang Ulu, Bukit Mertajam dan Kg Atas Tol, Kuala Terengganu. Jauhkan perjalanan kitaorg. =). Aku dan suami ambik cuti seminggu untuk balik kg.

Nak jugak aku cerita sbb tensen traffic jam. Kebetulan hari jumaat baru ni, kami p kenduri opismate suamiku kat Kota Bharu, Kelantan. Masa otw ke sana jln smooth jer, tapi time nak blik from KB to Jeli, jam teruk gile kat Rantau Panjang..mau gak 3 jam kami stuck kat ctu. Selalunya aku dan suami akan plan, klo boleh time lalu kat Grik jgn waktu malam, bukan apa gelap sgt dan byk lubang. huhuhu..bahaya & menakutkan.!!! Tuptaptuptap..masa kami sampai kat Jeli dah kol 8 mlm.

Nak dijadikan cerita, selepas solat qasar jamak Maghrib & Isyak di Jeli, lebih kurang pukul 10 mlm, kami pn bercadang bertolak pulang melalui Grik, tapi akhirnya membuat keputusan berpatah balik selepas berhenti di Petronas Jeli. Rasanya dah 5 km masa tu.

Nasib kami baik, tinggal satu je bilik kosong kat Jelita Inn tu, alhamdullilah, syukur sgt..bermalam la kami disitu. Itulah kan perancangan Allah lebih hebat dr perancangan manusia. SubhanaAllah (^ ____^). Keesokannya lebih kurang 9 pagi, kami pn bertolak dr Jeli ke Kangar. Seronok juga melalui Grik sekitar awal pagi coz cuaca sejuk dan berkabus sedikit. Anakku Zarif menyambung tidurnya sepanjang perjalanan Jalan Grik..lega rasanya, leh la aku berehat kejap. hehehhehe (^__________^)

No comments:

Post a Comment