Ini merupakan musim kedua winter aku kat Kyoto, Jepun. Tahun 2012 lepas masa datang Jepun, musim autumn, so memang sempat la merasa musim sejuk. Musim autumn start Okt -Dis, manakala winter Jan-Mac. Tapi di Kyoto salji memang jarang ada. Boleh dikatakan sangat sedikit. So tahun lepas merasa jugak salji. Salji turun awal bln Disember 2012 masa tu. Agak excited la kan, almaklum lah tak penah jumpa salji seumur hidup...kekekeke..tapi salji turun sikit dan sekejap sgt. Memang tak sempat nak main pn.hahhahaha
So haini tangggal 14 February 2014, salji turun lebat dengan selebatnya. Kalo tgk Tenki punya kat AppsYahoo Weather memang seharian salji turun haini. waaaaaa..best tapi pagi tadi hampir nak excident sbb jln licin masa p hantaq anak2 ke taska. Aku dah cuak dah. Nasib baik suamiku yg drive.
So another 2 kali lagi aku akan tempuh musim sejuk..mungkin org Malaysia tgk mcm best, Realiti nya musim sejuk la paling tak suka..sbb sejuk sgt. Nak buat apa pn serba tak kena..hhahaha..mcm tu la manusiakan..tak penah berasa puas atau sempurna..hehehhe..
Ptg ni lepas ambik budak2 boleh la main salji dpn rumah..heheheeh (0_0) Anyway enjoy pics pagi tadi masa nak p hantaq anak2 ke Hoikuen.
/(0_0)
~~ gambar depan A2 cluster ..ni dah sampai Kyodai ~~
### Gambar depan Taska Zarif & Amjad ###
(0_0) View dr tingkat 3, A2 cluster
****Gambar dr dalam kereta, masa hantaq anak2 ****
****tak sempat nak berenti sbb kejar masa ada lab meeting ****
:: view dr depan rumah ::
Zarif tgh tolong abahnya bersihkan salji kat kereta
Ni kira Salji paling lebat aku pernah rasa kat Kyoto la..kalo tempat lain lagi lebat. Teruja sebab tak penah selebat ni takat aku dah tggl 1 tahun 6 bulan kat Kyoto ni. Anyway Alhamdulillah nikmat yang Allah kurniakan. Alhamdulillah Allah kabulkan doaku untuk merasa salji. Terima kasih Ya Allah.
Adios.
Keep Smiling.
Never Give Up.
Allah ada dimana Jua.
~~~~~~ HATI TENANG ~~~~~
No comments:
Post a Comment