Friday, November 7, 2014

Zarif dan Iqra

Assalamualaikum wbkt

Lama sungguh tak update blog. Sungguh kehidupan di perantauan sebagai isteri, ibu, dan pelajar memang sangat mencabar. Aktiviti seharian sgtlah sibuk. Dari mamasak, mengemas rumah, uruskan anak2 dan kemudian ke makmal untuk research, malam pn ke makmal lagi. Sungguh masa amatlah terhad. Sungguh aku memang takde masa utk diri sendiri. Tapi tetap bersyukur Allah pilih diri ini untuk ke sini. Keluh kesah, menangis sudah! Akhirnya kepada Allah aku berserah segalanya. 

Cuma hati ini risau dgn anak2. Mungkin aku risaukan anak2 dgn pendidikan agamanya. Antara cita2 aku sebagai ibu, kalau boleh aku nak anak2 aku dptkn pendidikan asas dr dari aku. Contohnya mengaji Al-quran, membaca, mengira. Bukan apa, tanggungjawab tu akan Allah tanya diakhirat kelak. Bg yg mampu boleh suruh org lain ajar. Antara hak seorang anak utk mendapat pendidikan. Tapi mungkin kepuasan mengajar sendiri tak sama dgn menghantar belajar pd org lain. Owh...sudah pasti bila balik Malaysia aku akan dapatkn ustaz/ustazah utk zarif & amjad. Cuma asasnya biarlah aku berikan dulu.

Aku terpengaruh dgn laman web yg dikelola oleh pn lina. Ada jugak mencuba cara pn lina, berjaya sekejap menyuruh zarif menghafal surah2 pendek. Akhirnya aku tukar ke konsep membaca iqra sebelum tido. Alhamdulilah konsisten dlm sebulan zarif dah boleh membaca iqra 1. Bagi aku itu pencapaian aku & zarif. Sungguh rasa puas hati. Dalam kesibukan, aku mampu ajar zarif. Harap bila zarif belum berumur 6 thn dia dah boleh baca Al-quran sendiri. Bila balik malaysia boleh lah hantar ke kelas tajwid, taranum. Sekurang2nya zarif dah ada asas & bukan bermula kosong bila balik Malaysia. Doakan. Antara cita2ku, teringin anak yg boleh jadi qari. Hebat ilmu agama & bermanfaat pd org lain. Hebat jugak akhlaknya. Aku juga nak zarif bersekolah berteraskan agama & akademi. 

Sekarang ni klo aku lupa nk ajak zarif baca iqra, dia pla yg akan ingatkn aku. Aku rasa seronok sbb dia sendiri dah ada inisiatif sendiri. Zarif mmg anak yg petah bercakap dr kecik. Umur dia 1 thn 6 bln dia dah boleh bercakap tanpa pelat. Mudah mengingat & fasih bercakap. 

Sekarang ni pn dia dah fasih berbahasa Jepun. Cikgu2 di taska pn memuji zarif. 

Erm.. Nampak mcm memuji anak sendiri. Jangan risau, aku hanya tulis diblog. Aku pn bukan jenis suka puji anak dpn org. Antara pesan nabi, kalo bercakap dgn org jgn kita ceritakan kehebatan/ memuji anak sendiri. Lebih baik berckp kebaikan anak org yg sedang kita bualkn. 
Pada ibu2 yg bekerja, kesibukan bkn alasan. Yang penting tanamkn dr kecil suka baca Al-quran. Masa depan mereka sgt mencabar. 




Tuesday, July 29, 2014

Hari Raya 2014/1435H

Assalamualaikum wbkt,

Salam lebaran 2014 untuk semua. Maaf Zahir dan Aidilfitri kali kedua kami beraya diperantauan. Alhamdulillah walaupun beraya diperantauan, Allah masih dan juga masih memberi nikmat dan rezeki kepada kami. Syukur dan syukur Alhamdulillah. 

Kalau ditanya pada anak sulungku pasal puasa dan raya, memang dia taktau. Tapi aku ada la explain bgtau kat dia pasal puasa dan raya. Paling senang nak explain bgtau je mcm cerita Upin Ipin time puasa & raya. So boleh la dia faham sket2.. Hehhe.. Just nak bgtau dia je.. X kisah pn dia paham or tak. Takde la terkejut plak balik Malaysia nnti. 

Persiapan???? Hahha. Almaklumla beraya diperantauan. Takde pun persiapan apa pun. Cuma tahun ni, since my hubby ada disisi pada hari raya ( sbb raya tahun lepas suami kn p workshop on first day of eid)so rasa seronok la. Mula2 hanya nak buat biskut mazola. But at the end sampai 5 jenis kuih kami buat. Tu pn sbb en suami beria nak buat lg kuih lain german cookies, almond london, choc chips famos amos, dan cornflakes madu. Since kawin ini la first time aku bt dgn en suami. Selalunya kuih tunjuk je. Moga berkat la hasil tangan aku ni. Org kata kalo buat sendiri lg berkat, selalunya mesti kuih abes dimkn berbanding kita beli.. Alih2 buang je nnti. Pastu kami distribute sket2 untuk kawan2 kat Kastsura. Moga Allah terima amalan kami.

Baju raya? Erm lagi la takde, aku & suami pakai baju tahun222 lepas. Anak2 pn xde baju melayu, aku hanya belikan sepasang seluar & baju sedondon. Tu je. Best jugak kan.. Tak membazir. Baju melayu mcm x sesuai je kat cni, since cni 4 musim. La ni musim panaih.. Mau melekit2 la pakai bau melayu.hehhe..

Raya 1st, pagi tu aku masak nasi minyak terengganu permintaan en suami, pastu sesi bg mandi anak2.. Since tempat solat hari raya jauh (sejam perjalanan ke sana) kami decide x p solat raya. Pastu bersalaman dgn en suami. Then, lepas tu kami buat sesi ambik gambar sefamili. Pastu lepak rumah je. Then tghr en suami dah p lab. Aku plak ponteng lab. Hahaha... Nak pergi beraya rumah kawan2 malaysia pn, diorg pn p lab. So abes raya kami melepak dirumah je. Hehehhe..Sambil2 lepak tu kami pasang lagu raya.. Konon nak bg ada feel raya la.. Hihi..

Selalunya kat cni akan ada sambutan hari raya.. Maybe dlm masa terdekat ni. Time ni lah dapat jumpa kawan2 seMalaysia. Kami akan buat potluck. Time ni lah terubat la rindu ngan suasana raya di Malaysia.


Hehehe.. Pakat sengih depan camera..

Bergambar dengan motif keluarga ultraman.. 


Konon- konon comelll la tu :)


Ok ummi ngan abah plak nk bermesra.. @_@

Ptg tu aku bawa budak2 jln kat kawasan rumah aku..


Abg zarif tak sempat nk jadi ultraman


Motif jln2 kat cni aku nak cari bawang merah, org jepun jual kat tepi rumah diorg. Murah plak tu tapi xde la plak.


Haaa ni la kuih aku buat.. Almond london x siap lg dibalut coklat.


Pembantu paling tegar... Buat cornflakes madu .. Hehehe.. My peberet..


Nasi minyak terengganu + kyoto.. First time buat.. En suami cakap sedap!! 

Choc chips famos amos homemade baru keluar oven ...

German cookies pn first time buat.. Alhamdulillah jadi.. 4 bahan je.. Mudah dan cepat.


Mazola.. So kesimpulannya semua kuih yg aku buat yang senang2 je.. Takyah nak gelek2.. Nak terap2 bagai! Yang penting cari resepi je dlm tenet.. Kikiki

Ok lah tu dia lebaran kami di Kyoto. Moga Allah menerima amalan kami dan kawan2 semua. Maaf zahir dan batin. 
















Thursday, April 3, 2014

Tempat asuhan kanak-kanak a.k.a Child Nursery di Jepun

Bismillahirramanirrahim
(Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum wbkt,

First of all, aku minta maaf ye kalo penulisan aku banyak bercerita ke arah kebaikan negara Jepun. Tak bermaksud untuk bandingkan negara Malayisa dan Jepun. Masing-masing ada baik dan buruknya. Cuma negara Jepun ni, kalau pernah tinggal disni, kita akan rasa atau akan kata mcm ni ' Org Jepun ni dah mcm org Islam yg 'betul-betul' praktikkan Islam itu dlm diri, masyarakat dan negara mereka,cuma mereka takde akidah islam je, akhlaknya dah islam. Bak kata pepatah, ambik yang baik untuk dijadikan tauladan, yang buruk kita jadikan sempadan. 

Satu lagi aku perasan sejak-sejak aku tulis pasal Jepun ni kat blog, ramai juga menghubungi aku melalui emel bertanyakan kemusykilan masing-masing. Alhamdulillah aku kutip pahala sikit-sikit melalui penulisan ini agar dapat membantu kawan-kawan yg ingin melanjutkan pelajaran atau apa saja di Bumi Matahari Terbit ini.  

Berbalik pada apa yg aku nak cerita pasal tempat asuhan kanak-kanak aka taska aka childcare or seangkatannya. Memandangkan aku ada kedua2 pengalaman menghantar anak aku ke "Private Nursery' and 'goverment nursery'. So mari aku cerita..hehehhe. Perbandingan aktiviti dan keselesaan antara keduanya berbeza. Pada mulanya aku sangkakan di private lagi baik berbanding goverment, tapi sebaliknya. 

Kami hantar ke private nursery pada awal2 kedatangan sebab dah terlepas application untuk kemasukan Oktober 2012. Kami berjaya pada April 2013. Alhamdulillah. 

Aktiviti di private nursery kurang berbanding di goverment nursery. Satu lagi aku lihat waktu lepas nap, anak2 akan dihidangkn dgn TVdi private nursery. Jika di goverment nursery, akan ada aktiviti bermain toys (kebanyakan toys cikgu buat sendiri),  cikgu akan baca buku, bermain di persekitaran luar nursery, cara2 menghormati org lebih tua dll. Boleh dikatakan aktiviti di goverment nursery adalah aktiviti luar. Kanak-kanak banyak didedahkan dgn alam sekitar. Antara aktiviti bermain pasir, bermain air, bermain-main ditaman/park (Jepun mmg sgt banyak taman), berjalan-jalan dipersekitaran nursery. Aktiviti dalaman pn ada seperti melukis, painting, main cat, mewarna, main tisu, koyak kertas, memasak (peberet zarif) dan banyak lagi. Satu lagi org Jepun ni mereka mmg dr kecik lg dah menerapkan budaya membaca, cikgu akan baca buku dgn aksi2 sekali untuk menarik minat membaca. Yang ni aku boleh nampak pada Amjad, dia paling suka buku. Mesti ambik buku suruh aku baca, cikgu kat taska pn cakap amjad suka ambik buku suruh cikgu baca. Ada satu buku tu cikgu ckp peberet amjad. hehehhe. Buku tentang bulan. Buku-buku cerita kanak-kanak memang sangat byk dan interaktif. huhu..aku suka belek buku kanak-kanak kat kedai buku Jepun, tp sayangnya tak reti nihongo..huwaaa!! kalo tak habes dah jadi koleksi anak-anakku.

Walaupun musim sejuk, anak-anak tetap akan dibawa keluar untuk bermain kecuali salji turun atau hujan. Banyak aktiviti pada musim sejuk dan autumn---> bermain-main ditaman. Cikgu bawa tgk daun-daun pokok yang bertukar kaler. Ada jugak cikgu bawa budak-budak ke kyoto university, kebetulan nursery berdekatan dgn kyoto university. Manakala aktiviti pada musim panas adalah jadi badak berendam..hehehe..main air. Ada kolam plastik disediakan di taska untuk main air. Seronok la kanak-kanak riang main..hehehhe.

Dari segi keselesaan, maksud aku anak2 diasingkan mengikut peringkat umur. So kat taska tu ada 6 kelas semuanya. Nama-nama kelas berdasarkan nama buah-buahan.hehhe.. kiut sgt. Pastu pengenalan anak2 pula adalah haiwan. Mcm zarif 'lion', amjad pula 'horse'..hehehhe. Kelas pertama untuk dari umur 3 bln sehingga 1 tahun lebih dan seterusnya. Aktiviti untuk anak-anak pn mengikut kesuaian umur. hehhehe. Dari segi keselamatan antara budak kecik dan budak besar pn lebih terjaga. 

Citer aktiviti dah, mai kita fokus pasal kemasukan ke goverment nursery. Kemasukan selalunya April/Oktober sama ja dgn nak masuk kerja/belajar di Jepun ni. Kiranya tahun baru org Jepun adalah bulan 4. So application akan diwar-warkan dlm bulan Februari/Ogos. Kena hantaq borang, pastu akan dipanggil interview dlm bulan March/September. Semua urusan ni kena p ke ward Office tempat tggl masing2. Peluang tinggi untuk dapat tempat di goverment nursery ni adalah ibu dan bapa bekerja atau kedua2nya belajar. Peluang sgt tinggi. Tapi kalo gaji tinggi dan kedua2nya bekerja aku tak pasti la. Tapi bagi kami sekali ja application, terus dapat. Alhamdulillah. Sbbnya yurannya sgt2 murah berbanding private nursery. Bayangkan untuk private nursery lebih kurang 70000 yen untuk zarif & amjad, manakala di goverment nursery lebih kurang 4000 yen untuk kedua-duanya. Yang lebih menariknya Jepun mengamalkan kesamarataan antara warga asing dan rakyatnya dlm semua hal termasuklah nursery ni. Kami masih mendapat peluang yg samarata untuk ke goverment nursery. Tiada pilih kasih. Itulah Jepun. hehehhehe.

Dari segi makanan, pihak nursery yang sediakan makanan tengahari dan petang. Lunch kol 11 pagi dan mkn petang kol 3. Pada awal-awal kemasukan ke nursery, kami bgtau pasal halal haram, jenis2 mknn yang tak boleh mkn. Kena bgtau dengan lengkap. Pastu kena tandatangan surat.hehehhehe..Memang tak boleh bawa mknn sendiri, masa kat private dulu, dibenarkan. So tiap2 hari selama 4 bulan aku buat bento untuk anak2.hehehhe..

Working hour 830 pg hingga 5 ptg. Kalau nak extend masa kena ada surat dari majikan. Kalau tak mmg kena follow 830 pg- 5 ptg. Mcm kami 2 semester lepas ada kelas sehingga pukul 6 ptg. So kami bagi jadual waktu pd nursery. Bayaran dikenakan sebanyak 500 yen seorang/perday jika ambik lepas kol 6 ptg. hehhhe...ok la kan..kikiki.

Boleh dikatakan nursery banyak aktiviti untuk parents jugak. Ada hari sukan, hari kanak2, hari apa lagi..ntah tak ingat dah. Selalunya weekend la.

nak letak gambar..tp x sempat lg..anyway selamat membaca. harap dpt membantu rakan2 yg nak sambung belajar di Jepun.

Sayonara =)

-MasHasan-


Tuesday, February 25, 2014

Riadah

Assalamualaikum wbkt
Februari 2014 hampir melabuh tirainya. Kejap ja masa berlalu kan. Kadang2 rasa takut dgn masa yang semakin cepat berlalu. Melihat anak sendiri semakin membesar, dan diri ini semakin berumur. Teringat cukup kah keperluan rohani, tunjuk ajar kepada anakku & cukupkah amalan aku nak bawa ke sana nanti. huhu..

Sekarang waktu malam masih panjang Magrib disini pukul 5.49 mlm dan terbit matahari 6.32 pagi waktu Jepun. Jepun ni boleh dikatakan banyak taman - taman untuk riadah. Selalunya taman atau padang permainan ni ada gelungsur, buaian, besi-besi untuk memanjat dan kawasan untuk berlari2. Rasanya sama ja kat Malaysia. Cuma yang menariknya, disediakan satu tempat untuk main pasir - bolehlah anak2 korek2 tanah. Selalunya aku tgk mak bapak Jepun ni akan bawa anak2 mereka belajar naik basikal kat taman permainan ni. Dan semestinya bersih lah. hehehe. Aku kerap jugak bawa anak2 aku ke taman permainan terutamanya waktu summer atau spring. Lagi pun waktu tu siang panjang, lepas balik dr lab- ambik anak2 dr taska- terus pergi taman permainan. 

Mai nikmati gambar kami ke taman yg berdekatan Kyoto University.hehehehe..Yang menariknya taman di atas kawasan yg tinggi so dapat la view yang menarik. Lepas g taman tu kami jalan kaki ke Kyoto University. Anak2 suka sgt berlari di situ. Zarif sampai takmau balik. Amjad dah tak larat jalan, akhirnya aku kena dukung. Aku pn rasa seronok meluangkan masa bersama2. 

      :: zarif main gelungsor.. Peberet :::


::::::::::::: anak beranak posing dlm tmpt main pasir ::::::::::::



@@@@@ main pasir..sejuk2 pn riadah jugak @@@@


     Amjad lari kejar zarif 


 ::::::  Abg zarif lari laju sgt :::::


 Jln2 dlm taman


Lari sakan kat foyer dpn kafe Kyoto University


  @@@@ main nyorok @@@@

  Kanak2 riang .. Hehe



Cubaan zarif nk lompat mcm abah. Hihi



(0_0 penat dah.. Jom balik 



Sblm balik ambil gambar dulu.. 


Aktiviti riadah yg santai tapi menyeronokan 😄🇯🇵






Sunday, February 23, 2014

Hujung minggu di Jepun



Assalamualaikum wbkt & コンばわ,

Cuti 2 hari hujung minggu dah berakhir. Rasa seronok cuti ni sbb anak2 dah semakin sihat. Tapi aku selsema & batuk sket. Rasanya bulan 1 & 2 ni agak menguji ketabahan & kesabaran. Start dr Januari, dua2 anakku muntah dan cirit, seminggu jugak la, diikuti plak influenza, demam, selsema & batuk. Pastu aku plak kn influenza, demam, batuk & selsema. Ya Allah, hanya tuhan sana yang tahu mencabarnya kehidupan ini. Ditambah lg dgn kami dua2 org tgh sambung belajar, hari- hari buat lab & rutin lab meeting. Sometime my life mmg serabut sgt. Berat badan mmg turun, muka pn dah cengkung. Lagi satu, seriously mmg tak sempat nak sosial. Nak p mkn kat kafe pn tak sempat. So hari2 mmg mkn kat lab je ngan suamiku, tu pn kekadang tgh mkn p lari ke lab jap ambik sample then sambung balik mkn.hahahha.. Sorry terbebel plak. Anyway aku tau masih ada org yg lagi susah dari aku. Tapi saja nak luah kat sini.

Anyway selalu nya weekend kami akan mkn kat luar. Hah! Mkn kat luar? Mkn kat mana? Ada ke kedai halal? Hehheh.. Sure la ada tp boleh kira sgt & jauh. So klo nk mkn luar kn la tya ingredients yg ada dlm mknn tu. Antara port kami sefamili Sushiro, Marugame Udon, Caprioza & juga Raju. Anyway sbb kami tggl di Katsura x sehappening di Yoshida. Yoshida lagi banyak kedai2 mkn yg menarik. 

So weekend ni kami pergi mkn dkt Sushiro スシロー . Actually aku dr kat Malaysia lg mmg x berminat langsung sushi ni. Makan lg la x selera. So byk belajar mkn Sushi ni kat Jepun la. Btw, sampai skang aku masih x dpt mkn sushi yg mentah tu. Hahhaha.. Mmg lidah melayu betoi lah!! Pernah try tp kuar balik.. Hehehhehe.. My husband mmg peminat tegar dr Malaysia lg, so kat cni lg la dia suka since sini punya lg fresh kan & pelbagai (ikut musim). Anak2 biasanya mkn deserts, tempura udang & aiskrim. Aku plak mkn sushi yg dah diboil atau yg digoreng (tempura). Hihi (*^_^*). Bagi aku boleh la. Hahhah

Kalo p sushiro ni mesti sentiasa penuh je. Mesti kn tunggu q. Tambah2 time peak hour -lunch 12-1.30 ptg. Time ni sesak gila. Uhuhu. 

Ni gambar- gambar kami p mkn kat スシロー!


(^O^)スシロー^_^


(^O^)muka baru sampai - lapaq tp masih mampu tersenyum  (^O^)

~~~~ pilih-pilih yg mana suka ~~~~ 

<<<< skrin untuk order >>>>


€€€ ni aku punya menu,udang + avocado €€€€


#### aku x ingat nama menu ni.. Tapi ni encik suami punya####

:::::: peberet zarif pannacota:::::


@@@ sempat lg posing dpn tgga sushiro@@@@







Thursday, February 20, 2014

Viva voce Kyoto University

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbkt & こにちわ,

Waktu sekarang dah jam 130 tghr waktu Jepun, aku pn baru lepas lunch & solat zohor masuk jam 12.18 tghr. Td sempat buat lab. Kejar waktu sbb nak tgk lab mate viva voice haini.

Actually aku dlm bilik A2-306 tgh mendengar presentation pelajar master thn 2. Hari ni pelajar Lab Eguchi punya viva voice. Ada 5 org pelajar master. Untuk pengetahuan diorg punya viva voice dipersembahkan dihadapan pelajar lab lain & juga pensyarah dr lab lain. Maksudnya sesiapa pn boleh dtg tgk. Dan lepas presentation tu, ada sesi Q&A. Sesiapa pn boleh tya, tapi takat ni aku tgk selalunya pensyarah yg tya.

Jangkamasa presentation 15 minit dan Q&A sesi lebih kurang 5 minit. Ada penjaga loceng. Org Jepun mmg sgt punctual bab masa ni. Yang menariknya cikgu besaq yg jadi chairperson. Dia akan introduce pelajar yg akan viva voice.

Seminggu sblm viva voice, aku tgk lab mate kena berlatih dpn 2 org cikgu kecik. Cikgu kecik a.k.a sorang assistant prof, dan sorang lg assoc prof. Lepas tu ada lg sesi berlatih dpn Prof Eguchi. 

So, skang aku tgk diorg present mmg sgt smooth dan menjawab soalan dgn kopiden ja. 

Kelebihan lg, diorg present dlm bahasa jepun にほんご so memudahkan mereka lagi.

Kalau tak salah aku bln 1 & 2 ni bulan 'viva voice' dan juga 'entrance exam' untuk Kyoto University. 

Aku punya turn insyaAllah Jan 2016. Doakan aku dpt habes phd on time. Ameeen =) (0_*)

おねがいします


Wednesday, February 19, 2014

Mengapa jadi macam tu??

Assalamualaikum wbkt,

[sebelum baca, ini hanyalah pandangan & pemerhatian aku, mungkin tak semua org sama]

Actually entri kali ni lebih kepada pemerhatian aku la. Kalo sekali atau 2 kali aku takdak la kisah sgt kan. Aku agak heran dengan sikap org Melayu, klo aku juruskan kepada Islam nampak mcm tak berapa btol kan. Sepanjang berada di Jepun ni, almaklumlah mmg agak payah nak jumpa saudara seIslam kita. So kekadang tu kalo pergi jalan ke shopping mall atau ke taman atau tempat-tempat menarik akan terserempak la dgn org Melayu & Islam. Rasanya boleh cam kalo org tu dari Malaysia atau dari negara Indonesia. (kalo aku la boleh ja cam, entah la korangkan) hihi. Kadang-kadang pelancong Malaysia mai jalan ke Jepun kan. Tapi yang tak berapa nak bestkan, walaupun tak kenal, aku cuba senyum dan memang dah senyum pn. Konon nak bertegur sapa la kan. Masalahnya adoila..sombong bebebor. Senyum pn tidak malah dipalingkan muka. Kekadang tu buat-buat tak nampak. huhuhuhu..Sedih rasanya. Kita kadang2 seronok tau jumpa org sebangsa atau seagama kita. Lebih2 lagi diperantauaun ni. 

Ada sekali tu, aku, suami dan anak2 ke suatu tempat yg menjadi tarikan utama pelancong kat Jepun ni. Ada sorang mamat ni, aku ingatkan dia Japanesse, rupanya Malaysian dan berbangsa cina. Masa tu aku dan suami nak lalu dpn dia, so aku pn sebut 'Sumimasen' aka Excuse Me'.  Mungkin dia tgk aku pakai tudung and look like Malaysian dia pn tegur. Hahahah..tya kami Malaysian kah? Sempat la bersembang dan bertegur sapa dgn dia. 

See !!! org bangsa lain dan agama lain lebih mesra. erm..tepuk dada tanya diri sendiri. 


Saturday, February 15, 2014

Hapyokai Katsurazaka Hoikuen

Assalamualaikum wbkt,

Alamak dua tiga menjak ni rasa seronok plak bercerita kat blog ni. Rasa macam dapat release stress. Sorry la yg membaca blog yg cikai ni. Aku tulis ni untuk tanda kenangan masa hadapan. Kadang tu ada jugak tulisan berbentuk emosional kan. Harap abaikan la ye! Hehehe..

Anyway, nak cerita aktiviti hari ini "Hapyokai" lebih kurang mcm perjumpaan untuk tgk persembahan anak2 kat taska sebelum masuk tahun baru. Kat Jepun ni, official tahun baru mereka bln April. Untuk segala aktiviti (kerja, sekolah, semester and so on) semuanya start bln April. Untuk anak2 yg berumur 3 thn ke bawah cikgu2 rakamkan gambar aktiviti anak2 masa kat taska. Peringkat umur yg lain diog buat persembahan live td. Actually utk pengetahuan, kelas dibahagi ikut umur. Macam Amjad kelas pertama "Sakuranbo サクラボぐみ" kelas dr umur lahir sampai lebih kurang 1 thn, zarif plak kelas"  ringo gumi りんごぐみ". Umur sehingga 3 thn. Lebih kurang mcmtu la. So this April diorg akan naik kelas lainlah. Amjad naik kelas "Mikan Gumi", Zarif naik kelas "momo Gumi".

Menariknya Hapyokai tu, tgk aktiviti anak2 la. Biasa la kan budak2 comel. Tapi bg aku yg menarik org Jepun ni budaya mereka. Contohnya persembahan budak2 ni diorg takde la pakaian beragam bagai nak rak kan. Diorg pakai bende yg murah, simple & x guna duit. Baju pn buat dr plastik sampah hitam ja. Lepas tu guna kertas keras, aku rasa dr kotak susu yg direcycle. Semua material kebykn nya material yg direcycle.

Lepastu dlm bilik persembahan tu takdenya kerusi bagai. Kami lepak atas lantai ja tgk persembahan. Very humble lah.

 Satu lg yg menarik org Jepun ni, sehari sblm Hapyokai, ada notis suruh mak bapak bawa plastik utk letak kasut pada hari Hapyokai. So takde la sesak dgn kasut kat pintu masuk taska. Plastik yg berisi kasut masing2 tu bawa n letak kat satu bilik khas dgn baju2 sejuk utk disimpan. Bilik persembahan lain. Memang penuh. Tok tokwan semua pn mai tgk persembahan cucu depa. Appreciated sgt!

 Alhamdulillah kat taska tu dah ramai muslim. Klo tak salah aku dah ada 4 famili muslim yg hantaq anak2 kat taska tu. Satu famili tu dr egypt, lab mate aku. Hihi..

So enjoy pics sepanjang hapyokai td ye!!
Cikgu besar tgh bg ucapan alu-aluam

:: persembahan video kelas amjad ::

## persembahan kelas zarif plak##

(0_0) tu Zarif 


Nyanyian dr kelas umur 4-6 tahun~~


Drama apa ntah aku pn tak paham.. Layan ja lah ::

}}}}}}}}Hapyokai 2014{{{{{{


Friday, February 14, 2014

Salji Di Kyoto


Assalamualaikum wbkt,

Ini merupakan musim kedua winter aku kat Kyoto, Jepun. Tahun 2012 lepas masa datang Jepun, musim autumn, so memang sempat la merasa musim sejuk. Musim autumn start Okt -Dis, manakala winter Jan-Mac. Tapi di Kyoto salji memang jarang ada. Boleh dikatakan sangat sedikit. So tahun lepas merasa jugak salji. Salji turun awal bln Disember 2012 masa tu. Agak excited la kan, almaklum lah tak penah jumpa salji seumur hidup...kekekeke..tapi salji turun sikit dan sekejap sgt. Memang tak sempat nak main pn.hahhahaha

So haini tangggal 14 February 2014, salji turun lebat dengan selebatnya. Kalo tgk Tenki punya kat AppsYahoo Weather memang seharian salji turun haini. waaaaaa..best tapi pagi tadi hampir nak excident sbb jln licin masa p hantaq anak2 ke taska. Aku dah cuak dah. Nasib baik suamiku yg drive.

So another 2 kali lagi aku akan tempuh musim sejuk..mungkin org Malaysia tgk mcm best, Realiti nya musim sejuk la paling tak suka..sbb sejuk sgt. Nak buat apa pn serba tak kena..hhahaha..mcm tu la manusiakan..tak penah berasa puas atau sempurna..hehehhe..

Ptg ni lepas ambik budak2 boleh la main salji dpn rumah..heheheeh (0_0) Anyway enjoy pics pagi tadi masa nak p hantaq anak2 ke Hoikuen.



/(0_0)

~~ gambar depan A2 cluster ..ni dah sampai Kyodai ~~



### Gambar depan Taska Zarif & Amjad ###




(0_0) View dr tingkat 3, A2 cluster 



****Gambar dr dalam kereta, masa hantaq anak2 ****
****tak sempat nak berenti sbb kejar masa ada lab meeting ****


:: view dr depan rumah ::


Seronok nampaknya mereka bertiga ni main salji



Kereta pn penuh salji


Aku dan amjad. Time ni aku br baik influenza..


Zarif tgh tolong abahnya bersihkan salji kat kereta


Ni kat kyodai waktu petang


Ptg tu kami balik naik bas lepas ambik anak2 dr taska. Naik bas sbb jln raya licin, tak boleh bawa kereta, kami tak tukar tayar yg sesuai utk time salji... Duit lg daaa!!!




Ni kira Salji paling lebat aku pernah rasa kat Kyoto la..kalo tempat lain lagi lebat. Teruja sebab tak penah selebat ni takat aku dah tggl 1 tahun 6 bulan kat Kyoto ni. Anyway Alhamdulillah nikmat yang Allah kurniakan. Alhamdulillah Allah kabulkan doaku untuk merasa salji. Terima kasih Ya Allah.

Adios. 
Keep Smiling. 
Never Give Up. 
Allah ada dimana Jua. 
~~~~~~ HATI TENANG ~~~~~