Assalamualaikum wbkt,
Alamak dua tiga menjak ni rasa seronok plak bercerita kat blog ni. Rasa macam dapat release stress. Sorry la yg membaca blog yg cikai ni. Aku tulis ni untuk tanda kenangan masa hadapan. Kadang tu ada jugak tulisan berbentuk emosional kan. Harap abaikan la ye! Hehehe..
Anyway, nak cerita aktiviti hari ini "Hapyokai" lebih kurang mcm perjumpaan untuk tgk persembahan anak2 kat taska sebelum masuk tahun baru. Kat Jepun ni, official tahun baru mereka bln April. Untuk segala aktiviti (kerja, sekolah, semester and so on) semuanya start bln April. Untuk anak2 yg berumur 3 thn ke bawah cikgu2 rakamkan gambar aktiviti anak2 masa kat taska. Peringkat umur yg lain diog buat persembahan live td. Actually utk pengetahuan, kelas dibahagi ikut umur. Macam Amjad kelas pertama "Sakuranbo サクラボぐみ" kelas dr umur lahir sampai lebih kurang 1 thn, zarif plak kelas" ringo gumi りんごぐみ". Umur sehingga 3 thn. Lebih kurang mcmtu la. So this April diorg akan naik kelas lainlah. Amjad naik kelas "Mikan Gumi", Zarif naik kelas "momo Gumi".
Menariknya Hapyokai tu, tgk aktiviti anak2 la. Biasa la kan budak2 comel. Tapi bg aku yg menarik org Jepun ni budaya mereka. Contohnya persembahan budak2 ni diorg takde la pakaian beragam bagai nak rak kan. Diorg pakai bende yg murah, simple & x guna duit. Baju pn buat dr plastik sampah hitam ja. Lepas tu guna kertas keras, aku rasa dr kotak susu yg direcycle. Semua material kebykn nya material yg direcycle.
Lepastu dlm bilik persembahan tu takdenya kerusi bagai. Kami lepak atas lantai ja tgk persembahan. Very humble lah.
Satu lg yg menarik org Jepun ni, sehari sblm Hapyokai, ada notis suruh mak bapak bawa plastik utk letak kasut pada hari Hapyokai. So takde la sesak dgn kasut kat pintu masuk taska. Plastik yg berisi kasut masing2 tu bawa n letak kat satu bilik khas dgn baju2 sejuk utk disimpan. Bilik persembahan lain. Memang penuh. Tok tokwan semua pn mai tgk persembahan cucu depa. Appreciated sgt!
Alhamdulillah kat taska tu dah ramai muslim. Klo tak salah aku dah ada 4 famili muslim yg hantaq anak2 kat taska tu. Satu famili tu dr egypt, lab mate aku. Hihi..
So enjoy pics sepanjang hapyokai td ye!!
Cikgu besar tgh bg ucapan alu-aluam
No comments:
Post a Comment